- Budaya kaum di Sabah
Seperti yang anda tahu, kaum di Sabah ni bukan satu dan bukan dua tetapi lebih daripada 10 kaum yang ada di Sabah dan budaya mereka juga tentunya tidak sama dari segi pakaian, makanan, tarian dan bermacam-macam lagi. Contohnya, kebanyakkan kaum di Sabah selalunya lebih memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka.
- Mempelajari bahasa Sabah
Meskipun Sabah ini masih di dalam Malaysia tapi mereka menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Tetapi jangan terlalu risau kerana mereka masih lagi menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa utama disana. Oleh itu, belajarlah meskipun sedikit bahasa Sabah agar anda mudah untuk berkomunikasi dengan orang tempatan ketika melancong ke sana.
- Pantang larang
Setiap negeri juga pasti ada pantang larang sendiri sama seperti Sabah. Setiap kaum dan tempat di negeri Sabah ini juga mempunyai larangannya dan jika anda melanggarnya mungkin anda akan mendapat masalah. Sebagai contoh kejadian yang terjadi di atas puncak gunung kinabalu pada tahun 2015, pelancong yang tidak menjaga kelakuan dan membuatkan penjaga gunung itu marah sehingga membuatkan satu gegaran yang cukup kuat. Oleh itu, jagalah sikap ketika melancong ke tempat orang. Meskipun amalan yang anda anggap boleh dilakukan di negeri anda tidak semestinya boleh dilakukan di negeri orang.
- Lapangan terbang
Perkara yang anda perlu tahu tentang lapangan terbang di Sabah adalah negeri ini hanya mempunyai 2 lapangan terbang antarabangsa iaitu di Kota Kinabalu dan Tawau. Selain itu, Sabah juga mempunyai beberapa lapangan terbang domestik dan STOLport iaitu di Sandakan, Keningau, Semporna, Lahad Datu dan banyak lagi.
- Apa yang ada di Sabah
Kalau kita pergi melancong kemana-mana pun pasti ada tarikannya yang tersendiri kan? Sama juga dengan Sabah, Sabah bukan sahaja makanan yang menarik tapi terdapat banyak pulau yang anda boleh pergi, bukit dan gunung yang anda boleh daki, pusat pelancongan yang anda boleh lawati. Boleh dikira Sabah ni full package dari setiap sudut pelancongan.
Ba klik link ini https://pakejsabah.onpay.my/ kalau kamu mau melancong ke Sabah. Kami atur dari A-Z.