Umrah Ramadan Sabah 2027: Sambut & Akhir Ramadan Dari Kota Kinabalu

Ramadan memang ada rasa yang berbeza bila dilalui di Tanah Suci.
Ada orang mahu sampai awal dan merasa permulaan Ramadan di Mekah atau Madinah. Ada pula yang dari awal memang target penghujung Ramadan kerana mahu suasana ibadah yang lebih intensif.
Untuk jemaah Sabah, dua pilihan ini bukan sekadar beza tarikh. Harga, permintaan, tempo perjalanan dan bajet juga berbeza.

Pilihan Umrah Ramadan 2027
| Pilihan | Tarikh | Tempoh | Susunan Malam | Airline | Harga Bermula |
|---|---|---|---|---|---|
| Sambut Ramadan | 3–14 Feb 2027 | 12H10M | Madinah 4 | Mekah 6 | Malaysia Airlines | RM10,690 |
| Akhir Ramadan | 1–12 Mac 2027 | 12H10M | Mekah 7 | Madinah 3 | Malaysia Airlines | RM14,990 |
Sambut Ramadan
- Bilik ber-4: sekitar RM10,690
- Bilik ber-3: sekitar RM11,590
- Bilik ber-2: sekitar RM13,290
- Kategori harga poster: Jarak Sederhana
Akhir Ramadan
- Bilik ber-4: sekitar RM14,990
- Bilik ber-3: sekitar RM16,990
- Bilik ber-2: sekitar RM20,990
- Kategori harga poster: Jarak Sederhana
Sambut Ramadan Atau Akhir Ramadan — Mana Lebih Sesuai?
Kalau mahu pengalaman Ramadan tetapi masih mahu bajet lebih terkawal, pilihan Sambut Ramadan lebih mudah untuk dipertimbangkan dahulu. Kalau memang sasaran utama ialah berada di Tanah Suci pada penghujung Ramadan, Akhir Ramadan lebih tepat — cuma bajet kena disediakan lebih besar.
Kalau bawa mak ayah, fikir juga tenaga mereka. Ramadan mengubah rutin makan, rehat dan ibadah. Hotel, jarak berjalan dan tempo perjalanan jadi lebih penting berbanding biasa.
Hotel Dan Jarak Untuk Umrah Ramadan
Untuk Pakej Ramadan 2027, poster harga memaparkan kategori Jarak Sederhana sahaja. Jadi jangan anggap pilihan hotel sekitar 50 meter tersedia untuk Ramadan kecuali team Nur Multazam sahkan kemudian.
Kalau bawa mak ayah, warga emas atau anak kecil, semak nama hotel dan anggaran jarak sebenar sebelum booking. Ketika Ramadan, rutin puasa dan rehat boleh membuatkan jarak berjalan terasa lebih ketara.
Makanan Semasa Ramadan
Untuk pakej Ramadan, susunan makan yang dinyatakan ialah sahur dan berbuka. Kalau ada ahli keluarga dengan rutin pemakanan atau ubat tertentu, elok semak jadual makan lebih awal.
Free Ziarah Thaif Untuk Pakej Ramadan
Free Ziarah Thaif tidak termasuk untuk Pakej Ramadan berdasarkan maklumat semasa.
Penerbangan Umrah Ramadan Dari Kota Kinabalu
Kedua-dua tarikh Ramadan yang dipaparkan menggunakan Malaysia Airlines.
Routing: BKI → KUL → MED/JED → JED/MED → KUL → BKI

Apa Yang Termasuk Dalam Pakej Ramadan?
- Tiket penerbangan pergi balik dari Kota Kinabalu
- Penginapan mengikut atur cara
- Sahur dan berbuka
- Visa tertakluk peraturan semasa
- Lawatan mengikut atur cara
- Pengiring dari Sabah
- Bimbingan Mutawwif & Umrah
- Bimbingan ke Raudhah
- Insurans mengikut kelayakan dan syarat
- Air Zam-Zam tertakluk peraturan semasa
Lihat semua tarikh Umrah Sabah 2027 →
Baca perbandingan hotel Mekah →
Baca juga: Kelebihan Umrah pada bulan Ramadan dan maksud ganjarannya →
Soalan Lazim Umrah Ramadan Sabah 2027
Ada pilihan Sambut Ramadan?
Ya. 3–14 Februari 2027, 12H10M.
Ada pilihan Akhir Ramadan?
Ya. 1–12 Mac 2027, 12H10M.
Harga bermula berapa?
Sambut Ramadan dari RM10,690. Akhir Ramadan dari RM14,990 berdasarkan maklumat semasa.
Free Ziarah Thaif termasuk?
Tidak untuk Pakej Ramadan.
Nak Semak Seat Umrah Ramadan 2027?
Kalau tarikh Ramadan memang sudah kena dengan niat dan bajet, semak awal jenis bilik dan kekosongan semasa.
