Pakej Umrah Terus Dari Sabah: Bina Pengalaman Umrah Terbaik bersama Nur Multazam Travel Dengan Pakej Umrah Lengkap
Apabila bercakap mengenai perjalanan ibadah yang paling istimewa, Umrah menjadi salah satu destinasi yang sentiasa menjadi impian setiap umat Islam. Sekiranya anda adalah penduduk Sabah yang ingin memulakan perjalanan ini, Nur Multazam Travel & Services menyediakan Pakej Umrah Terus Dari Sabah yang lengkap dan menarik.
11 Sebab Utama Kenapa Pakej Umrah Terus Dari Sabah Bersama Nur Multazam Travel Menjadi Pilihan Ramai Sejak 2009
1. Bimbingan Umrah Dengan Tour Guide System (TGS)
Dalam Pakej Umrah Terus Dari Sabah bersama Nur Multazam Travel & Services, kami menggunakan bantuan alat teknologi Tour Guide System membolehkan jemaah mendengar panduan dari Mutawwif melalui Earphone Khas.
Ini membantu dalam menghilangkan gangguan bunyi dan memastikan setiap peserta mendengar arahan dengan jelas, meningkatkan pengalaman ibadah.
Mesti mudah kan kalau dah ada alat ni nanti nak buat umrah. ‘Follow’ sahaja apa yang Ustaz baca.
2. Bimbingan 3 Kali Umrah Oleh Mutawwif
Pakej Umrah Terus Dari Sabah ini unik kerana menyediakan bimbingan eksklusif oleh Mutawwif sebanyak 3 kali umrah. Bukan sekali atau dua kali, bahkan 3 kali terus.
Ini memberi peluang kepada jemaah untuk memahami dan melaksanakan umrah dengan lebih mendalam, bersama ustaz yang berpengalaman dan terbaik.
3. Bimbingan Khas Ke Raudhah Nabi Muhammad SAW (Termasuk Jemaah Perempuan)
Bimbingan ke Raudhah Nabi Muhammad SAW merupakan sebab utama mengapa ramai yang memilih Pakej Umrah Terus Dari Sabah bersama Nur Multazam Travel & Services.
Ini kerana, bukan sahaja bimbingan buat jemaah lelaki, jemaah perempuan juga akan diberikan pembimbing khas perempuan bagi membantu memudahkan proses memasuki Raudhah yang menjadi dambaan puluhan ribu jemaah dari seluruh dunia.
4. Penerbangan Terus Dari Kota Kinabalu
Pakej Umrah Terus Dari Sabah menyediakan penerbangan terus dari Kota Kinabalu, menawarkan kemudahan yang terbaik kepada jemaah Nur Multazam Travel dari Sabah. Tak perlu susah-susah ke Kuala Lumpur untuk ke penerbangan ke Mekah/Madinah. Ini menjimatkan masa dan kos, membuat perjalanan umrah anda lebih lancar.
5. Visa Pelancongan + Insurans COVID-19 Arab Saudi
Ini paling ramai yang tanya. Insurans Covid ada kah?
Dalam Pakej Umrah Terus Dari Sabah ini, urusan visa pelancongan dan insurans COVID-19 Arab Saudi diuruskan sepenuhnya, mematuhi semua peraturan semasa, memberi ketenangan fikiran kepada jemaah. Kami di Nur Multazam Travel sangat titikberatkan keselamatan anda serta kebajikan anda ketika berada di Mekah dan Madinah.
6. Insurans Ikhlas Kembara Takaful Berkelompok
Pakej Umrah Terus Dari Sabah memang termasuk insurans takaful berkelompok yang memberikan perlindungan lengkap kepada jemaah sepanjang perjalanan.
Namun, jika anda masih keliru dan belum jelas berkaitan insurans kelompok ini, boleh hubungi Team kami di halaman ini.
7. Cenderahati Khas
Bagi memudahkan anda yang sertai Pakej Umrah Terus Dari Sabah bersama Nur Multazam Travel, cenderahati termasuk bagasi kargo, bagasi kabin, beg sandang, buku panduan, dan uncang kasut disediakan.
Ini bukan sahaja berguna tetapi juga menjadikan perjalanan anda lebih mudah dan bermakna. Dah tak perlu fikir perlu beli beg baru untuk perjalanan umrah anda nanti!
8. Penginapan Madinah Dan Mekah
Penginapan yang selesa di Madinah dan Mekah memberikan pengalaman umrah yang lebih baik bersama Pakej Umrah Terus Dari Sabah di Nur Multazam Travel. Jika nak uruskan sendiri pencarian hotel di sana, memang sukar dengan bahasa yang digunakan sukar untuk kita yang pertama kali pergi untuk faham.
9. Segala Lawatan Berkaitan Termasuk Dalam Aturcara
Alang-alang datang ke Mekah & Madinah, tak sah kalau tak ziarah tempat bersejarah kan? Lebih-lebih lagi tempat yang ada kaitan dengan kehidupan Baginda Nabi Muhammad SAW.
Sebab itu, Pakej Umrah Terus Dari Sabah bersama Nur Multazam Travel & Services dah termasuk lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan penting, dengan pembimbing yang berpengetahuan, bagi membina pengalaman rohani dan budaya yang terbaik dalam diri anda.
10. Pengiring Dari Sabah & Bimbingan Mutawwif
Kami faham, dengan pengalaman pertama kali nak ke Mekah & Madinah ni, mesti rasa lebih selamat dan yakin kalau ada pengiring bermula dari Sabah hingga sampai ke sana nanti kan?
Dengan Pakej Umrah Terus Dari Sabah, akan ada seorang pengiring dari Sabah bermula dari Kota Kinabalu serta mutawwif bagi membantu dalam menjaga dan membimbing jemaah sepanjang perjalanan, menjadikan pengalaman umrah anda lebih indah dan sempurna bersama keluarga tersayang.
11. Siap Dapat Air Zam-Zam
Mana lengkap kan kalau datang umrah ndak bawa balik air zam-zam?
Dalam Pakej Umrah Terus Dari Sabah, air Zam-Zam disediakan, mengambil kira peraturan semasa. Ini memberi jemaah peluang untuk membawa pulang air yang berkat ini sebagai kenang-kenangan atau hadiah.
Pakej Umrah Terus Dari Sabah bersama Nur Multazam Travel & Services
Dengan pengalaman sejak tahun 2009 lagi, Pakej Umrah Terus Dari Sabah dari Nur Multazam Travel & Services adalah gabungan unik dari pengetahuan, pengalaman, dan perhatian yang mendalam buat jemaah kami.
Dari persiapan awal hingga akhir perjalanan, setiap aspek dirancang dengan teliti untuk memastikan pengalaman yang luar biasa dan terindah bersama keluarga.
Berminat untuk bertanya berkaitan Pakej Umrah Terus Dari Sabah serta promosi terbaik? Hubungi Nur Multazam Travel & Services hari ini untuk mengetahui lebih lanjut