Spring memang antara musim paling popular di Tokyo, tetapi tarikh sakura tidak sama setiap tahun. Jika tujuan utama ialah melihat bunga, jangan anggap hujung Mac atau awal April pasti peak kerana suhu dan cuaca mempengaruhi blooming.
Bila Spring di Tokyo?
Secara umum, spring di Tokyo berlangsung sekitar Mac hingga Mei. Awal musim masih boleh terasa sejuk, manakala penghujung spring biasanya lebih sederhana dan selesa untuk banyak berjalan.
Sakura di Tokyo: Jangan Bergantung Pada Tarikh Lama
Lokasi popular termasuk Ueno Park, Shinjuku Gyoen dan beberapa taman atau kawasan sungai lain. Peak bloom berubah setiap tahun. Rancang trip berdasarkan forecast terkini dan sediakan itinerary yang tetap menarik walaupun bunga belum berada pada tahap peak.
Apa Pakaian Yang Sesuai?
Layering ringan lebih praktikal: inner, sweater atau light jacket dan outer kalis angin/hujan jika perlu. Pagi dan malam boleh terasa lebih sejuk daripada tengah hari, jadi jangan bergantung pada suhu siang sahaja.
Apa Boleh Buat Ketika Spring?
- Lawatan taman dan spot sakura jika timing sesuai.
- Asakusa, Shibuya dan kawasan shopping.
- Day trip sekitar Tokyo atau kawasan Mt Fuji mengikut itinerary.
- Aktiviti indoor sebagai backup jika hujan atau cuaca berubah.
Jika masih belum pasti musim mana sesuai, bandingkan dengan Kenali 4 Musim di Jepun, Autumn in Tokyo dan Winter in Tokyo.
Rujukan
Soalan lazim
Bila spring di Tokyo?
Secara umum sekitar Mac hingga Mei.
Adakah sakura confirm hujung Mac?
Tidak. Tarikh blooming berubah setiap tahun mengikut suhu dan cuaca.
Perlu coat winter?
Biasanya tidak setebal winter, tetapi layering dan light jacket tetap penting terutama awal spring.



