Tawaf & Saie Guna Kerusi Roda: Panduan Untuk Warga Emas
Bagi warga emas atau jemaah yang mempunyai masalah lutut, stamina atau mobiliti, kerusi roda boleh membantu ibadah dilakukan dengan lebih selamat dan teratur.

Boleh Guna Kerusi Roda Untuk Tawaf dan Saie?
Jemaah yang memerlukan bantuan mobiliti boleh menggunakan kerusi roda untuk melaksanakan ibadah. Yang penting ialah memastikan laluan, kiraan pusingan atau perjalanan dan tertib ibadah dijaga dengan betul.
Saie Dengan Kerusi Roda
Tabung Haji menerangkan bahawa laluan kerusi roda dari kaki Safa ke kaki Marwah dikira satu perjalanan. Pengguna kerusi roda tidak perlu memanjat ke kawasan tinggi untuk menjadikan perjalanan itu dikira.
Rancang Sebelum Sampai
- Maklumkan keadaan kesihatan kepada team perjalanan lebih awal.
- Tentukan siapa yang akan menolak atau membantu kerusi roda.
- Elakkan menunggu sehingga jemaah terlalu penat sebelum meminta bantuan.
- Sediakan masa tambahan untuk masuk, keluar dan bergerak antara kawasan ibadah.

Jangan Kejar Pace Kumpulan
Warga emas tidak perlu dipaksa mengikut kelajuan jemaah yang lebih muda. Fokus kepada keselamatan, rehat dan penyempurnaan ibadah dengan tertib.
Untuk keluarga yang membawa mak ayah, baca juga Umrah Bersama Warga Emas, Cara Tawaf Umrah dan Cara Saie Umrah.

